Belajar sambil bermain
Semua
kanak-kanak suka bermain kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak.
Jesteru itu pendekatan belajar sambil bermain adalah satu kaedah yang sangat
baik diaplikasikan dalam menjalani proses pembelajaran.Belajar melalui bermain
adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan
kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.
Dengan
bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
tatabahasa. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting
bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan
sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal,
koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi
pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta
memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti
fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permainan yang melibatkan
perlumbaan misalnya.
Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga
membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak
untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Perkembangan
Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah
dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti
pergerakan lokomotor kreatif.
Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas
Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas
Contoh
belajar sambil bermain
-permainan
ketinting dengan meletakkan abjad
-permainan
kad –kad huruf membentuk perkataan
-permainan
dam ular tetapi diganti dengan huruf ataupun
nombor.
-membaca atau
mengira dengan kaedah menyanyi
Dan banyak
lagi teknik permainan yang difikirkan sesuai untuk kanak-kanak terutama murid pra
sekolah dan Tahun 1 asalkan objektif pengajaran kita sebagai guru tercapai.
bermaklumat....
ReplyDeleteMenarik , buat aku tertarik!
ReplyDeleteTahniah, satu usaha yang baik. Teruskan.
ReplyDeleteTahniah! Info yang berguna. Semoga dapat diaplkasikan dalam P&P...
ReplyDeletenice blog !! Keep it up :)
ReplyDeleteCandangan kamu sangat bermanfaat kepada saya. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua kawan-kawan yang membaca dan memberikan pandangan semoga perkongsian ini memberikan kebaikan kepada kita semua.
ReplyDelete