Thursday, November 15, 2012

MAKLUMAT PBS DAN KSSR TAHUN 1 DAN TAHUN 2

PBS KSSR TAHUN 1 DAN 2
Bermula pada tahun 2012, setiap murid KSSR (Tahun 1 dan 2) mesti mempunyai sebuah fail bagi tujuan pengurusan KSSR-PBS. Fail ini iaitu Fail Perkembangan Murid akan disimpan di sekolah sehingga murid tersebut tamat sekolah atau berpindah keluar. Berikut merupakan kandungan fail tersebut :
  1. 1.    Maklumat murid
  2. 2.    Pelaporan penyataan formatif tahun 1-6.
  3. 3.    Pelaporan penyataan sumatif tahun 1-6.
  4. 4.    Sijil / dokumen penghargaan, pengiktirafan pencapaian dan penglibatan murid.
  5. 5.    Evidens-evidens murid pada tahun semasa.
Evidens-evidens murid akan disimpan di dalam fail tersebut dan akan dipulangkan kepada murid / ibu bapa/ penjaga pada akhir setiap semester. Evidens-evidens ini merupakan instrumen murid di mana setiap pencapaian akan direkod dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)Murid tahun 1 dan 2 tidak ada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun serta akhir tahun.  Murid tersebut dinilai menggunakan instrumen PBS mengikut setiap mata pelajaran. Keputusan pencapaian murid tahun 1 dan 2 berpandukan band iaitu:
BAND                 STANDARD
6                          Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5                          Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4                          Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3                          Tahu, Faham dan Boleh Buat
2                          Tahu dan Faham
1                          Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran
dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan
maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara
tekal.

14 comments:

  1. PENGETAHUAN AMAT BERGUNA

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum wbt.
    Saya mengajar Tahun 1 dan Tahun 2 KSSR. Setakat ini, alhamdulillah tiada masalah sangat cuma bila hendak masukkan dalam sistem online, sangat lambat dan boleh tertidur menunggu loading sepenuhnya. Huhu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang bermanfaat! Teruskan usaha! ^^

    ReplyDelete
  4. info yang berguna untuk saya yang mengajar kssr. Thanks

    ReplyDelete
  5. info yang berguna kepada guru-guru KSSR

    ReplyDelete
  6. Salam,sangat memberi panduan sbb k.na baharu sahaja menjadi ahli kssr thn thn depan,selalu tak ambil pusing je,sekarang kena study juga.

    ReplyDelete
  7. Aslm.. Blog yg tprinci n maklumt yg jls.. Tahniah..!
    Sila lh lyri blog syer yer!

    http://impiansicomel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas komen kawan-kawan.Sesungguhnya KSSR memang penting untuk kita sebagai guru memahami bagi merealisasikan hasrat KPM.

    ReplyDelete