Sunday, November 25, 2012

Belajar sambil bermain


Belajar sambil bermain
Semua kanak-kanak suka bermain kerana bermain adalah fitrah semulajadi kanak-kanak. Jesteru itu pendekatan belajar sambil bermain adalah satu kaedah yang sangat baik diaplikasikan dalam menjalani proses pembelajaran.Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.
Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permainan yang melibatkan perlumbaan misalnya. 
  Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Perkembangan Fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam dan di luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti pergerakan lokomotor kreatif.

Komponen Perkembangan Fizikal membolehkan murid:
i. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran
ii. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam         aktiviti fizikal
iii. Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat
iv. Membina minda yang sihat dan cerdas 
Contoh belajar sambil bermain
-permainan ketinting dengan meletakkan abjad
-permainan kad –kad huruf membentuk perkataan
-permainan dam ular tetapi diganti dengan huruf ataupun  nombor.
-membaca atau mengira dengan kaedah menyanyi
Dan banyak lagi teknik permainan yang difikirkan sesuai untuk kanak-kanak terutama murid pra sekolah dan Tahun 1 asalkan objektif pengajaran kita sebagai guru tercapai.

7 comments:

  1. Tahniah, satu usaha yang baik. Teruskan.

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Info yang berguna. Semoga dapat diaplkasikan dalam P&P...

    ReplyDelete
  3. Candangan kamu sangat bermanfaat kepada saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang membaca dan memberikan pandangan semoga perkongsian ini memberikan kebaikan kepada kita semua.

    ReplyDelete