Tuesday, December 25, 2012

Perkongsian Ilmu


MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN



Kita biasa mendengar slogan ”Bahasa Jiwa Bangsa”, namun sejauh mana kita mengambil berat maksud yang tersurat dan tersirat dari slogan ini. Suatu fakta sejarah  yang perlu kita ingati dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu adalah bahasa ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan telah terbukti sebagai bahasa yang menjadi tulang belakang pembinaan ketamadunan alam Melayu. Ia juga diangkat menjadi bahasa lingua franca (sebelum abad ke 13 lagi) di seluruh kepulauan Melayu (sebelum kedatangan Barat). Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air dan mempunyai semangat perpaduan yang teguh, wajarlah bahasa melayu ini diangkat dan dimertabatkan seperti mana konsep MBMMBI

Penyata Razak yang terbentuk mengandungi dua elemen yang penting iaitu meliputi sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan menyeragamkan kurikulum yang bercorak kebangsaan di mana meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah jenis umum (rendah) dan bahasa melayu wajib diajar di semua sekolah.. Rumusan cadangan penyata Razak 1956 mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui dasar pendidikan menjadi harapan masyarakat berbilang kaum. Bahasa merupakan tunggak jati diri bangsa. Bak kata pepatah hilang bahasa lenyaplah bangsa. Pepatah ini menggambarkan bahawa bahasa itu penting bagi sesuatu bangsa. Bahasa melayu mempunyai fungsi sebagai bahasa pengantar dan kepentingan yang tersendiri dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Dalam hal ini, jika kita meninjau saranan Profesor Dr Awang Sariyan , pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke pengajian tinggi. Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberi kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek iaitu:

i) Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996.

ii) Pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang intenet dan 







4 comments:

  1. perkongsian ilmu yang baik..
    bahasa budaya bangsa!

    ReplyDelete
  2. Siapa lagi kalau bukan kita yang memertabatkan bahasa kita.....

    ReplyDelete
  3. Siapa lagi kalau bukan kita yang memertabatkan bahasa melayu......

    ReplyDelete
  4. sebagai guru bahasa, bersama-samalah kita mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah iaitu untuk
    melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
    untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan
    urusan harian.:)

    ReplyDelete