MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI SISTEM PENDIDIKAN
Kita biasa mendengar slogan ”Bahasa Jiwa
Bangsa”, namun sejauh mana kita mengambil berat maksud yang tersurat dan
tersirat dari slogan ini. Suatu fakta sejarah yang perlu kita
ingati dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu adalah bahasa ini mempunyai
kekuatannya yang tersendiri dan telah terbukti sebagai bahasa yang menjadi
tulang belakang pembinaan ketamadunan alam Melayu. Ia juga diangkat menjadi
bahasa lingua franca (sebelum abad ke 13 lagi) di seluruh kepulauan Melayu
(sebelum kedatangan Barat). Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan
tanah air dan mempunyai semangat perpaduan yang teguh, wajarlah bahasa
melayu ini diangkat dan dimertabatkan seperti mana konsep MBMMBI
Penyata Razak yang
terbentuk mengandungi dua elemen yang penting iaitu meliputi sistem
persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan menyeragamkan kurikulum yang
bercorak kebangsaan di mana meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
di semua sekolah jenis umum (rendah) dan bahasa melayu wajib diajar di semua
sekolah.. Rumusan cadangan penyata Razak 1956 mengemukakan cadangan penting
bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui dasar pendidikan menjadi
harapan masyarakat berbilang kaum. Bahasa merupakan tunggak jati diri bangsa.
Bak kata pepatah hilang bahasa lenyaplah bangsa. Pepatah ini menggambarkan
bahawa bahasa itu penting bagi sesuatu bangsa. Bahasa melayu mempunyai fungsi
sebagai bahasa pengantar dan kepentingan yang tersendiri dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
Dalam hal ini, jika kita meninjau saranan Profesor Dr Awang
Sariyan , pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu
dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke pengajian
tinggi. Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberi kepada usaha pembudayaan
bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek iaitu:
i) Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam
proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan
Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak
Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta
Akta Pendidikan 1996.
ii) Pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili
budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi
seperti bahasa sembang intenet dan
perkongsian ilmu yang baik..
ReplyDeletebahasa budaya bangsa!
Siapa lagi kalau bukan kita yang memertabatkan bahasa kita.....
ReplyDeleteSiapa lagi kalau bukan kita yang memertabatkan bahasa melayu......
ReplyDeletesebagai guru bahasa, bersama-samalah kita mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah iaitu untuk
ReplyDeletemelengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan
urusan harian.:)