Mungkin ada sebilangan daripada ibubapa terutamanya ibubapa yang mana anak-anak
mendaftar bagi tahun 1 ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang apa
yang diperkatakan dengan KSSR. Kerana generasi ini adalah generasi pertama yang
akan menggunakan KSSR mengantikan KBSR yang telah digunapakai hampir 3 dekad
yang lalu. Jadi disini, kami warga sekolah akan cuba menerangkan serba sedikit
mengenai apa yang diikatan dengan KSSR.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
Latar Belakang
1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana
Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara
memberi penekanan kepada :
• Pembangunan modal insan
• Penghasilan
pelajar celik minda
• Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran
dan maklumat
• Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan
Ulul al-bab.
2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
•
Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni.
• Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia
dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap
nilai
3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi
memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal
insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa
depan.
KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
•
Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
• Berasaskan Prinsip KBSR:
-
Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur
hidup
KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Transformasi
Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard
pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
Mengapa Standard?
• Memastikan SEMUA murid melepasi
standard yang ditetapkan.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment
for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
•
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .
Terima kasih atas perkongsian ilmu...
ReplyDelete1 perkongsian yg hebat. Sesuai bagi guru yg baru memasuki alam KSSR.Faham dan jelas. Tq
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks for sharing.
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberi maklumat yang dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang KSSR.
ReplyDeletepenerangan yang jelas.
ReplyDeletemaklumat yang lengkap tentang KSSR.
ReplyDelete